Image Banner

PENGAMBILAN MURID SMITI SESI 2026

Pengambilan Murid bagi kemasukan ke Tingkatan 1 SMITI Sains Bahrul Ulum bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 telah dibuka.

*****************************************************************

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Sains Bahrul Ulum (SMITI Sains Bahrul Ulum) adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan merupakan sekolah agama aliran akademik (penumpuan kepada pendidikan Islam yang formal dan seimbang dengan akademik). SMITI Sains Bahrul Ulum juga memberi penekanan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kurikulum integrasinya di samping memberi penumpuan kepada pendidikan al Quran dan Tahfiz (tilawah dan hafazan - 5 Juzuk). 

Selain aspek agama dan akademik, SMITI Sains Bahrul Ulum juga memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid, di samping sentiasa memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Pasukan pentadbir dan guru-guru terdiri daripada mereka yang berdedikasi, profesional dan terlatih seiring dengan kemajuan dan perkembangan semasa. Pembelajaran di SMITI Sains Bahrul Ulum adalah berasaskan Pendidikan Abad ke 21 dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang pendidikan. Usaha ini adalah bagi memenuhi hasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mempersiapkan mereka dengan ilmu yang sesuai dengan zaman mereka.

Perkembangan dan kemenjadian setiap murid sentiasa diberi tumpuan dan pemantauan berterusan sedari mereka di tingkatan 1, tanpa ada murid yang "disisihkan" dalam apa-apa aspek. Dasar ini disokong dengan nisbah murid : guru yang rendah (bawah 10 : 1) dan dasar setiap murid mesti diberi peluang untuk menyertai aktiviti sekolah bagi membantu mereka mengumpul mata optimum untuk PAJSK (merit kemasukan ke IPTA) dan kepimpinan.

SYARAT KEMASUKAN 

Murid mestilah warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun pada tahun 2026 (tahun kelahiran 2013) bagi permohonan ke Tingkatan 1, dan :

  1. Mengambil subjek-subjek teras KSSR (kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia) ketika di sekolah rendah
  2. Lulus dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  3. Mengambil dan lulus subjek Bahasa Arab atau/dan Pendidikan Islam (atau Subjek Agama) ketika di peringkat sekolah rendah 
  4. Boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik
  5. Boleh membaca Al Quran dengan baik dan berminat untuk menghafaz Al Quran
  6. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik, sihat tubuh badan dan memiliki keinginan/kesungguhan untuk belajar bidang STEM

dan

      7. lulus temuduga Ujian Penilaian Kemasukan ke SMITI Sains Bahrul Ulum

 

 Bagi kemasukan ke Tingkatan 2-4, murid mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 14-16 tahun pada tahun 2026, dan :

  1. Mengambil subjek-subjek teras KSSR (kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia) ketika di peringkat menengah rendah
  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik dan lancar
  3. Boleh membaca Al Quran dengan baik dan berminat untuk menghafaz Al Quran
  4. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik, sihat tubuh badan, minat untuk belajar dan memiliki keinginan untuk menceburi bidang STEM

dan

      6. lulus temuduga Ujian Penilaian Kemasukan ke SMITI Sains Bahrul Ulum

 

KADAR YURAN MURID

Kadar yuran pada Sesi Persekolahan Tahun 2026 belum dikeluarkan. Namun, tuan/puan boleh rujuk kadar yuran murid bagi Sesi Persekolahan Tahun 2024 untuk gambaran awal seperti dalam pautan : Yuran Sesi 2025

Kadar bayaran ini adalah sebagai rujukan untuk Sesi 2026. Kadar sebenar akan berlaku perubahan/peningkatan terutama kadar harga harga buku/pakaian.

 

KURIKULUM / SUBJEK

SMITI Sains Bahrul Ulum menjalankan kurikulum integrasi antara Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) oleh KPM, Kurikulum Tahfiz Tadabbur oleh SMITI Malaysia dan Kurikulum Khas SMITI Sains Bahrul Ulum, yang disusun/dirangka bagi mencapai 8 Domain Sasaran Kemenjadian Murid SMITI Sains Bahrul Ulum. 

Tuan/Puan boleh rujuk Sasaran Kemenjadian Murid di pautan ini : Kemenjadian Murid SMITI Sains Bahrul Ulum dan juga gambar ringkas berkaitan kurikulum dan subjek di pautan ini : Kurikulum SMITI Sains Bahrul Ulum

Format Persekolahan adalah Sekolah Menengah Harian (dan kemudahan asrama disediakan bagi murid yang berminat), waktu persekolahan adalah dari jam 7:40 pagi hingga 4.30 petang/5:00 petang. 

Waris yang berminat, bolehlah mengisi borang dalam pautan ini :  Borang Pendaftaran Kemasukan ke SMITISila pilih SMITI Sains Bahrul Ulum pada ruangan sekolah dan pilih Intake 2026.

 

Maklumat lanjut berkaitan sekolah peringkat menengah ini boleh didapati dengan melayari menu SMITI (MEN.) di laman web : www. bahrululum.edu.my 

 

Tarikh tutup pendaftaran sesi persekolahan 2026 adalah pada 31 Oktober 2025. Murid akan dipanggil untuk temuduga pada 8 November 2025. Sesi Persekolahan 2026 adalah sama mengikut Takwim KPM 2026 iaitu bermula 12 Januari 2026.

Pengambilan murid hanya terhad kepada maksima 30 orang sahaja.

 

SMITI:MEMBINA GENERASI ISLAM RABBANI

LAGI

PENGAMBILAN MURID SRIBU 2026

PENGAMBILAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2026 kini telah dibuka.
 
𝑫𝑨𝑭𝑻𝑨𝑹 𝑺𝑬𝑮𝑬𝑹𝑨 𝑻𝑬𝑴𝑷𝑨𝑻 𝑻𝑬𝑹𝑯𝑨𝑫!
 
 
🎓 Silibus buku teks KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
🎓 UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
 
✅ Tempat belajar yang selesa dan kondusif
✅ Yuran berpatutan
✅ Menggunakan Silibus buku teks KPM
✅ Guru-guru yang berlatar belakangkan pendidikan akademik dan agama yang terbaik.
✅Bayaran yuran termasuk (sarapan pagi dan makanan tengahari)
✅Sesi pembelajaran
7.40am - 4.00 (Isnin-Khamis)
7.40am - 11.40 (Jumaat)
 
✅Transit bagi murid yang pulang lewat (bagi waris yang jauh/lama perjalanan pulang kerja)
📌 Murid Warganegara Malaysia
 
 
💭 BERMINAT?
Sebarang Info & Pertanyaan 👇
04-522 2664 - Office (8am-5pm)
 
maklumat lanjut boleh diakses melalui menu "SRIBU (RENDAH)" di laman web kami.
LAGI

PENGAMBILAN MURID TAHUN 1 SESI 2023

PENGAMBILAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI AKADEMIK 2024

Pendaftaran kemasukan murid ke Tahun 1 Sesi 2024 telah dibuka sehingga 1 November 2023. Murid akan dipanggil hadir temuduga pada awal November.

Maklumat lanjut berkaitan sekolah, boleh layari laman web bahrululum.edu.my (klik pada menu : SRIBU(Rendah))

Klik Pautan untuk pendaftaran : eBorang Pendaftaran

LAGI

INFAQ DANA PENGURUSAN SEKOLAH

" Perumpamaan (pahala) orang-orang yang menginfaqkan (sedekah/wakaf) hartanya untuk sabilillah adalah seperti sebutir benih yang darinya tumbuh (pokok dengan) tujuh tangkai/ranting, di mana setiap tangkai/ranting itu ada seratus butir bijian. (Demikianlah) Allah melipatgandakan (pahala sedekah untuk sabillillah berbanding pahala sedekah yang lain) bagi sesiapa yang Dia kehendakiNya. Dan Allah Maha Luas kurniaanNya lagi Maha Mengetahui."

(Surah al Baqarah : 261)

Assalamualaikum wbt.

Pihak kami dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon sumbangan daripada Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membantu pihak sekolah menampung defisit perbelanjaan bulanan pengurusan dan pengoperasian dua buah sekolah kami iaitu Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Sains Bahrul Ulum (SMITI Sains Bahrul Ulum).

Pihak sekolah memerlukan sumbangan kira-kira RM 50 ribu bagi menampung defisit ini pada setiap bulan, memandangkan kutipan yuran murid hanya dapat membiayai hampir 75 peratus sahaja daripada keseluruhan kos operasi iaitu cukup-cukup untuk pembayaran gaji kakitangan. Pihak sekolah masih memerlukan sumbangan bagi membiayai kos-kos pengurusan yang merangkumi perbelanjaan penggajian kakitangan (caruman), bil utiliti, perbelanjaan berkaitan operasi pendidikan (PdPC), aktiviti murid, makan minum murid dan lain-lain.

Perlaksanaan Akta Gaji Minima pada pertengahan 2022 dan peningkatan kos sara hidup sejak pasca Pandemik Covid 19 sangat memberi kesan kepada pihak sekolah terutama kos berkaitan bahan mentah makanan, alat tulis (stationaries) berkaitan PdPC termasuk kertas, dan sebagainya. 

Untuk makluman Dato/Datin/Tuan/Puan, SRIBU dan SMITI Sains Bahrul Ulum adalah Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan bukanlah berasaskan perniagaan/keuntungan. Dengan kadar yuran yang minima agar dapat membuka peluang pendidikan agama kepada B40, pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan derma dari pelbagai pihak dan mengajak seluruh masyarakt Muslim untuk bersama-sama kami berkongsi pahala jihad pendidikan iaitu jihad fi sabilillah bersama kami.

Semoga infaq dan derma Dato/Datin/Tuan/Puan dikira sebagai sumbangan jihad fil sabilillah yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah taala.

 

 

 

LAGI

WAKAF KOMPUTER

DANA WAKAF PEMBELIAN 15 UNIT KOMPUTER

Pihak sekolah memerlukan dan sedang mengumpul sumbangan dana wakaf sebanyak RM 50 ribu bagi pembelian 15 buat set komputer bagi kegunaan murid-murid kami bagi pembelajaran subjek Kemahiran Asas Teknikal dan Vokasional (KATV).

Melalui subjek KATV ini, murid akan diajar kemahiran Microsoft Office semasa mereka di Tingkatan 1,melukis grafik dan video editing di Tingkatan 2 hingga 4. Oleh itu, kemudahan ini sangat diperlukan dan akan ditempatkan di Makmal Komputer kami. Komputer yang diperlukan berspesifikasi Prosessor i5 dan RAM 8GB adalah bagi memenuhi keperluan bagi perisian grafik.

Selain itu, kemudahan komputer ini juga akan digunakan oleh murid semasa sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) subjek-subjek lain melalui aktiviti mencari sumber-sumber maklumat tertentu menggunakan internet dan tugasan-tugasan lain menggunakan Microsoft Office seperti tugasan dan persembahan menggunakan PowerPoint, projek penulisan dan folio Geografi dan Sejarah, serta lain-lain tugasan-tugasan mengikut keperluan guru dan subjek.

Bahkan kemudahan komputer ini juga akan digunakan untuk murid akses bahan digital berkaitan pembelajaran mereka, pembacaan dan sebagainya melalui ePerpustakaan, eBook dan sebagainya.

Semoga pahala tuan/puan berjalan berterusan melalui infaq fisabilillah (pendidikan) ini. Dan semoga Allah rahmati dan murahkan rezeki tuan/puan sekeluarga.

 

LAGI

WAKAF PERALATAN ELEKTRIK (KIPAS DAN PENGHAWA DINGIN)

Assalamulaikum wbt.

Pihak kami mempelawa tuan/puan yang ingin menyumbang dan berwakaf bagi pembelian dan pemasangan 48 unit kipas angin siling berjenama KDK di semua bilik aras bawah dan aras satu Bangunan Akademik SMITI Sains Bahrul Ulum. Bilik-bilik ini di aras satu termasuklah Kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, Makmal Komputer, Makmal Selenggara Komputer, Makmal Sains, Bilik Kaunseling dan Bilik Pergerakan Pengawas.

Manakala bilik di aras bawah pula adalah Bilik Guru, Dewan Seminar dan Surau/Bilik Tahfiz. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM 9,600 iaitu kos pembelian dan pemasangan kipas

Bagi sumbangan dan wakaf pembelian dan pemasangan Penghawa Dingin untuk fasa awal ini adalah untuk Bilik Guru. Kos pembelian dan Pemasangan Penghawa Dingin adalah sebanyak RM 7,000

Jumlah kutipan semasa pada 30 Mei 2023 adalah sebanyak RM 4,437.00 daripada keseluruhan jumlah yang diperlukan. Oleh itu, pihak sekolah masih memerlukan sumbangan/wakaf sebanyak RM 12,163.00.

Semoga Allah Taala murahkan rezeki tuan/puan sekeluarga.

 

 

LAGI

WAKAF SET MEJA BATU

Assalamualaikum wbt.

Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) dan SMITI Sains Bahrul Ulum ini membuka peluang wakaf kepada tuan/puan bagi mengumpul dana untuk pembelian 12 Set Meja Batu bagi kegunaan dan kemudahan ruang santai kepada murid, waris, kakitangan dan tetamu untuk diletakkan di ruang strategik dalam kawasan sekolah.

Set Meja Batu ini akan digunakan terutamanya oleh murid pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan (sementara menunggu waris mengambil mereka). Ada di kalangan murid menggunakan kemudahan ini untuk menyiapkan kerja sekolah mereka sambil menunggu waris tiba. Kemudahan ini juga digunakan sebagai ruang pembelajaran luar bilik darjah oleh guru (bagi meningkatkan suasana pembelajaran menyeronokan di kalangan murid), untuk bimbingan murid dan sebagainya. Kemudahan ini juga digunakan oleh murid asrama dan waris murid asrama yang hadir menziarahi mereka.

 Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tuan/puan. Semoga Allah murahkan rezeki tuan/puan sekeluarga.

 

LAGI

WAKAF/INFAQ PEMBELIAN PERALATAN MAKMAL SAINS

Assalamualaikum WBT.

Pihak kami mengajak tuan/puan yang ingin mencari pahala dan bekalan akhirat melalui wakaf fil sabilillah (pendidikan) Dana Wakaf Makmal Sains kami.

Dana Wakaf ini akan digunakan bagi membeli peralatan (radas) dan kelengkapan Makmal Sains yang berada di Blok Akademik SMITI Sains Bahrul Ulum yang kini sedang dalam fasa akhir pembinaan. Makmal ini adalah bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 SMITI Sains Bahrul Ulum dan juga kegunaan sementara bagi murid Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) untuk subjek Sains sekolah rendah. Makmal ini juga akan digunakan sebagai makmal sementara bagi subjek-subjek Sains Tulen menengah atas iaitu Fizik, Kimia dan Biologi sementara pembinaan Blok Akademik SMITI Fasa 2 dibina kelak.

Allah SWT berfirman: “Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah SWT dan carilah jalan yang mendekatkan (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al Maaidah: 35)

 

LAGI

MAKERLAB : BENGKEL LATIHAN GURU

Seramai 3 orang wakil dari SRIBU telah menyertai Bengkel Latihan Makerlab Sekolah Rendah (Kohort SK 1/2021) yang dianjurkan oleh Penang Science Cluster (PSC). Program ini adalah sebahagian daripada pakej program kolobrasi antara PSC dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana pada awal tahun 2020, beberapa buah sekolah di Pulau Pinang termasuk SRIBU telah menerima set Perkakasan MakerLab tajaan Kerajaan Negeri melalui PSC..

Bengkel yang tertangguh sejak 2020 kerana Pandemik Covid 19 ini telah berlangsung secara atas talian bermula 28 Jun hingga 31 Julai 2021 disertai oleh 2 orang guru dan seorang tenaga pengajar sukarela (waris SRIBU). Sebanyak 6 Modul dipelajari termasuklah Pengenalan Kepada Raspberry Pi, Micro Bit, 3D Modeling dan 3D Printer. 

Dengan wujudnya program dan perkakasan MakerLab ini, SRIBU berharapa ianya dapat merancakkan lagi penglibatan dan minat murid kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi program luar bilik darjah. Sebelum Pandemik Covid 19, setiap tahun SRIBU menyertai pertandingan Robotik peringkat negeri dan kebangsaan, di mana penyertaan murid adalah pada jumlah minima kerana kekangan kewangan bagi menyediakan kemudahan/fasiliti dan perkakasan. Dengan adanya tambahan MakerLab sebanyak 10 unit ini akan dapat membuka peluang kepada penglibatan murid yang lebih ramai dalam aktiviti STEM, insyaallah.

 

LAGI

Image News
Image News
Image News


Image Banner