:
PENGENALAN


Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang terletak di Kampung Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. SRIBU telah memulakan operasi persekolahan sejak tahun 2005 dengan pelajar seramai 31 orang. Jumlah ini meningkat dari tahun ke setahun bagi memenuhi permintaan masyarakat Muslim setempat khususnya di Pulau Pinang dan Selatan Kedah.

Pada 2021, Ahli Lembaga Tadbir SRIBU telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah sekolah peringkat menengah (Sekolah Menengah Agama Rakyat - SMAR) yang diberi nama Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Sains Bahrul Ulum (SMITI Sains Bahrul Ulum). Alhamdulillah, sekolah menengah ini akan memulakan sesi persekolahan sulong pada Sesi Persekolahan 2022 (Mac 2022) dengan pengambilan awal 16 orang murid Tingkatan 1. 

SRIBU dan SMITI ditubuhkan atas konsep berkebajikan, bukanlah berasaskan keuntungan (perniagaan). Dengan kadar yuran yang terendah di Pulau Pinang (bagi membuka luas peluang pendidikan Islam kepada masyarakat Islam dari kalangan B40 dan M40) yang hanya mampu membiayai kira-kira 70 peratus kos operasi tahunan, kami amat memerlukan sumbangan derma/zakat/infaq/wakaf dari seluruh masyarakat Islam bagi untuk terus istiqamah melahirkan generasi ummah yang memiliki asas Islam yang mantap dan mengekalkan kelestarian operasinya. Manakala 100 peratus kos pembangunan sekolah adalah dari sumber derma/infaq/wakaf/sumbangan  pelbagai pihak.

Kami mengajak Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama berkongsi usaha dan cita-cita mulia ini, yang juga adalah satu jihad dalam Islam.