:
Info Kerjaya di SRIBU


 

Dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi Institusi Bahrul Ulum, kami mencari mereka yang memiliki nilai yang sama dengan kami dan berminat untuk turut serta menjadi sebahagian daripada keluarga kerja Bahrul Ulum bagi mengisi kekosongan-kekosongan jawatan di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum atau SMITI Sains Bahrul Ulum. Jawatan-jawatan yang boleh dipohon adalah seperti di bawah :

Sekolah Rendah :

  1. Guru Akademik (KSSR)
  2. Guru Addin Sekolah Rendah (Aqidah, feqah, akhlak, bahasa Arab, Jawi Baru dan Al Quran)

Sekolah Menengah :

  1. Guru Akademik (Bahasa) - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
  2. Guru Dini - Pendidikan Islam, Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah
  3. Guru Akademik (STEM) - Matematik, Matematik Tambahan, Geografi, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, TVET Pertanian, TVET Kejuruteraan, TVET Sains Komputer
  4. Guru Al Quran dan Tahfiz

Mereka yang berminat, bolehlah mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan Borang e-Kerjaya di bawah.

Sila lampirkan (upload) resume bersama-sama salinan sijil-sijil berkaitan beserta cover letter jawatan yang dipohon. Kami akan memanggil calon-calon yang berkelayakkan untuk temuduga sekiranya ada kekosongan jawatan. Anda disaran memohon semula jika tiada panggilan interview sepanjang 6 bulan selepas mengisi borang e-Kerjaya tersebut.

Tarikh tutup permohonan : dibuka sepanjang masa (rujuk iklan semasa)

 

 Syarat Permohonan 

  1. Miliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan, bagi jawatan guru
  2. Miliki sekurang-kurangnya Sijil/Diploma atau SPM, bagi jawatan pentadbiran
  3. Miliki pengalaman dalam bidang yang dipohon adalah satu kelebihan dalam pertimbangan

 Ciri-ciri Nilai Yang Kami Cari

  1. Mempunyai ilmu/kemahiran yang bersesuaian dengan bidang tugas dipohon.
  2. Mempunyai minat dan kesungguhan untuk menambah ilmu dan meningkatkan pengetahuan dan kualiti kerja.
  3. Mempunyai minat, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkerja di Sekolah Agama Rakyat.
  4. Mempunyai minat, kefahaman, keikhlasan dan kesabaran dalam kerja-kerja pendidikan, dakwah dan amal Islami.
  5. Taat pada pegangan agama dan mempunyai syahsiah Islamiyah yang boleh menjadi qudwah kepada murid.
  6. Boleh bekerja dalam pasukan dan bekerja lebih masa bila diperlukan/diarah.

 

Isi Borang Online di pautan :  Borang e-Kerjaya.