:
Kemudahan Fasiliti SMITI


Secara asasnya, SMITI Sains Bahrul Ulum dan Sekolah Rendah Islam Islam Bahrul Ulum (SRIBU) berkongsi beberapa fasiliti secara guna sama. Ini kerana kedua-dua sekolah ini berada dalam satu kompleks pendidikan yang sama. Kemudahan padang dan kantin misalnya, adalah guna sama antara kedua-dua sekolah. Selain itu, pejabat pentadbiran sekolah juga adalah di bawah satu pasukan pengurusan dan pentadbiran yang sama.

Bermula 17 Mac 2023, operasi pendidikan SMITI dijalankan sepenuhnya di Bangunan Akademik SMITI. Bangunan dan ruang SMITI ini dipisahkan dari bangunan SRIBU oleh sebatang sungai yang merentasi Kompleks Pendidikan Bahrul Ulum. Antara kemudahan yang ada dalam bangunan ini termasuklah 

 

 

Fasiliti dan kemudahan-kemudahan di SMITI akan sentiasa ditambahbaik dari masa kesemasa. SMITI komited untuk menyediakan fasiliti dan kemudahan persekolahan yang lengkap bagi memenuhi keperluan pendidikan hari ini dan selaras dengan perubahan dan perkembangan dunia dan teknologi pendidikan. Usaha ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan semasa yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan wakaf dan infaq dari pelbagai pihak.

Terima kasih kepada para penyumbang dan pewakaf. Semoga pahala jihad pendidikan ini berterusan mengalir selamanya.