
Pengambilan Murid bagi kemasukan ke Tingkatan 1 SMITI Sains Bahrul Ulum bagi Sesi Persekolahan Tahun 2027 telah dibuka.
*****************************************************************
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Sains Bahrul Ulum (SMITI Sains Bahrul Ulum) adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan merupakan sekolah agama aliran akademik (penumpuan kepada pendidikan Islam yang formal dan seimbang dengan akademik). SMITI Sains Bahrul Ulum juga memberi penekanan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kurikulum integrasinya di samping memberi penumpuan kepada pendidikan al Quran dan Tahfiz (tilawah dan hafazan - 5 Juzuk).
Selain aspek agama dan akademik, SMITI Sains Bahrul Ulum juga memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid, di samping sentiasa memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Pasukan pentadbir dan guru-guru terdiri daripada mereka yang berdedikasi, profesional dan terlatih seiring dengan kemajuan dan perkembangan semasa. Pembelajaran di SMITI Sains Bahrul Ulum adalah berasaskan Pendidikan Abad ke 21 dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang pendidikan. Usaha ini adalah bagi memenuhi hasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mempersiapkan mereka dengan ilmu yang sesuai dengan zaman mereka.
Perkembangan dan kemenjadian setiap murid sentiasa diberi tumpuan dan pemantauan berterusan sedari mereka di tingkatan 1, tanpa ada murid yang "disisihkan" dalam apa-apa aspek. Dasar ini disokong dengan nisbah murid : guru yang rendah (bawah 10 : 1) dan dasar setiap murid mesti diberi peluang untuk menyertai aktiviti sekolah bagi membantu mereka mengumpul mata optimum untuk PAJSK (merit kemasukan ke IPTA) dan kepimpinan.
![]()
Murid mestilah warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun pada tahun 2027 (tahun kelahiran 2014) bagi permohonan ke Tingkatan 1, dan:
Bagi kemasukan ke Tingkatan 2-4, murid mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 14-16 tahun pada tahun 2027, dan:
![]()
Kadar yuran pada Sesi Persekolahan Tahun 2027 boleh disemak di pautan berikut: Yuran Sesi 2026
Kadar bayaran ini adalah sebagai rujukan untuk sesi 2027. Kadar sebenar akan berlaku perubahan/peningkatan terutama kadar harga harga buku/pakaian.
![]()
SMITI Sains Bahrul Ulum menjalankan kurikulum integrasi antara Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) oleh KPM, Kurikulum Tahfiz Tadabbur oleh SMITI Malaysia dan Kurikulum Khas SMITI Sains Bahrul Ulum, yang disusun/dirangka bagi mencapai 8 Domain Sasaran Kemenjadian Murid SMITI Sains Bahrul Ulum.
Tuan/Puan boleh rujuk Sasaran Kemenjadian Murid di pautan ini : Kemenjadian Murid SMITI Sains Bahrul Ulum dan juga gambar ringkas berkaitan kurikulum dan subjek di pautan ini : Kurikulum SMITI Sains Bahrul Ulum
Format Persekolahan adalah Sekolah Menengah Harian dan kemudahan asrama disediakan bagi murid yang berminat.
Waktu persekolahan adalah dari jam 7:40 pagi hingga 4.30 petang/5:00 petang.
Tarikh tutup pendaftaran sesi persekolahan 2026 adalah pada 31 OGOS 2026. Murid akan dipanggil untuk temuduga pada 26 SEPTEMBER 2026.
Sesi Persekolahan 2027 adalah sama mengikut Takwim KPM 2027 iaitu bermula 4 JANUARI 2027.
Pengambilan murid hanya TERHAD kepada maksima 30 ORANG sahaja.
Waris yang berminat, bolehlah mengisi borang dalam pautan ini : BORANG PENDAFTARAN