SASARAN KEMENJADIAN MURID
Matlamat utama penubuhan sekolah ini adalah mendidik dan mentarbiyah tunas-tunas Islam bagi melahirkan generasi Islam yang akan menceburi bidang sains dan teknologi, yang memiliki pemahaman Islam yang kukuh dan beramal dengan ilmu mereka dengan penuh ikhlas dan ihsan, serta menjadi generasi yang melaksanakan kewajipan kepada agama, bangsa dan negara selaras dengan falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan Bahrul Ulum itu sendiri.
Oleh sebab itu, SMITI Sains Bahrul Ulum menetapkan 8 Domain Sasaran Kemenjadian Murid seperti dalam gambar rajah di bawah. Ini bermaksud, selepas mengikuti 5 tahun pendidikan di SMITI Bahrul Ulum ciri-ciri (profile) murid SMITI Sains Bahrul Ulum yang disasarkan (akan dilahirkan) adalah seperti yang dinyatakan dalam senarai Sasaran Kemenjadian Murid tersebut.
Sasaran Kemenjadian Murid ini dirangka berdasarkan asas-asas ilmu fadhu ain dan ilmu fardhu kifayah yang selaras dengan arus dan keperluan pendidikan peringkat menengah negara kita, mengambil kira ilmu-ilmu dan kemahiran lain yang menjadi keperluan semasa dan akan datang sesuai dengan zaman mereka dewasa (IR4.0), serta mempersiapkan murid untuk berhadapan dengan cabaran semasa dan akan datang khususnya dari sudut cabaran aqidah dan jati diri muslim.