AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT)
Jawatankuasa ini dianggotai oleh tidak lebih daripada 17 orang ahli yang lantik berdasarkan kepakaran dalam pelbagai bidang. ALT adalah jawatankuasa pembuat dasar dan polisi utama berkaitan semua aspek serta mengambil apa-apa tindakan yang munasabah dalam memastikan dasar dan polisi tersebut dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua peringkat organisasi.
ALT juga berperanan dalam memastikan perjalanan sekolah adalah menepati halatuju yang ditetapkan, mencapai tahap profesional dan berkualiti dari sudut penyampaian perkhidmatan, tadbir urus dan sebagainya. ALT juga adalah jawatankuasa tertinggi yang akan menilai, membuat ketetapan dan meluluskan apa-apa polisi dan dasar SRIBU dari masa ke semasa selaras dengan cabaran dan peredaran manusia, zaman dan teknologi. Dan paling utama, ALT bertanggungjawab memastikan nilai murni (core value) SRIBU sentiasa dipelihara dan kekal lestari (sustain).