:
Falsafah Pendidikan, Visi dan Misi Bahrul Ulum


FALSAFAH PENDIDIKAN BAHRUL ULUM

(SRI Bahrul Ulum & SMITI Sains Bahrul Ulum)

Pendidikan adalah usaha berterusan dan menyeluruh dalam membentuk kepercayaan, pengetahuan dan jati diri Muslim serta memperkembangkan potensi diri berteraskan al Quran, as Sunnah, ijmak ulamak dan qiasUsaha ini adalah untuk melahirkan generasi beriman dan bertaqwa, berilmu dan berkemahiran yang seimbang duniawi dan ukhrawi bagi memenuhi keperluan dan cabaran semasa dan akan datang, serta bertanggungjawab untuk membangun diri, agama, masyarakat, alam sekitar, negara dan seterusnya memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju redha Allah, mempertahan kesucian Islam, serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

 

VISI BAHRUL ULUM

(SRI Bahrul Ulum & SMITI Sains Bahrul Ulum)

Institusi Pendidikan Islam Yang Syumul dan Kompetitif di Pulau Pinang

 

MISI BAHRUL ULUM

(SRI Bahrul Ulum & SMITI Sains Bahrul Ulum)

Melahirkan generasi beriman dan bertaqwa, memiliki sahsiah Islamiyah, dan mengembangkan bakat diri sebagai perintis ulamak, teknokrat dan umarak masa hadapan.

Mengurus sumber-sumber sekolah secara beramanah, professional, cekap dan berkesan selaras dengan amalan tadbir urus yang baik dan perkembangan semasa dalam memastikan kelestarian sekolah terjamin pada masa hadapan